Wednesday, December 13, 2017

LAMA MENYEPI

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua sahabat di alam maya...lama sungguh rasanya tidak menjenguk, tidak menulis, tidak membelai dan tidak mengemaskini blog kesayangan saya ini. Bukan tiada kehidupan atau tiada cerita di sebaliknya. Namun terlalu sibuk dan terlalu banyak yang berlaku sehingga tidak pasti sama ada ingin mengingati, melupakan, mengabadikan atau pun mahu menyembunyikan ianya dari nafas-nafas hela yang panjang. Terlalu banyak suka duka, terlalu banyak hiruk pikuk, terlalu banyak ranjau dan onaknya membuatkan hela nafas ini seperti tersangkut-sangkut untuk dilalui. Namun begitu kehidupan harus diterusakan dan ianya adalah lebih sukar untuk diri ini kerana apa yang terjadi dan apa yang berlaku harus disembunyikan dan yang harus dipertontonkan adalah kekuatan, kegembiraan dan keselesaan sebagai salah seorang yang menjadi tontonan dan tauladan untuk semua mata-mata yang memandang serta jiwa-jiwa yang mengkagumi. Kekuatan diri ini membawa kekuatan untuk seluruh mata-mata dan jiwa-jiwa yang memandang. Jadinya aku sendiri kena kuat!!! Ye dan sesungguhnya aku sememangnya seseorang yang kuat dan terlalu kuat dalam menghadapi apa yang aku jalani sepanjang kehidupan ini dengan sebab itu Allah takdirkan aku dengan dunia aku sekarang ini #ilovemyjob....teringat dengan rakan-rakan sepejuangan...rakan-rakan kesayangan semasa masih dalam kelompok Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) semasa di Universiti dulu semua antara kami ada suka duka yang terlalu mencabar sehingga kami mampu berada di tahap kami ketika itu dan sehingga kini ukhuwah itu masih terjalin...terlalu banyak yang nak di coretkan..terlalu banyak yang ingin di kongsikan..namun aku sendiri tidak tahu di mana harus aku mulakan..so untuk permulaan ini aku hadirkan pembelah semangat ini sebagai mukadimah terlebih dahulu bagi menyongsong semangat terus menulis. Tahun 2017 bakal menebarkan tirainya dan tahun 2018 seperti tidak sabar terjengah-jengah mahu menunjolkan dirinya. Adakah apa yang kita rancang, apa yang kita impikan dalam tahun 2017 terlaksana?? Bagaimana pula dengan perancangan dan azam tahun 2018 dah bersedia tidak untuk ditebarkan??? So jom kita mula merancang sekarang ini...emmm untuk hari ini saya rasa setakat ini dulu mukadimah menarik tenaga untuk menulis dan menukilan semula di blog ini..April last update..now disember pemalas ya i ollss nak update hahahha..so harap dapat bersua kembali dan berkongsi dengan lebih mantap....salam sayang dari saya "Mama Zue"


3 comments:

siti hazreen said...

apsal beb?

jangan berhenti menulis...berehat itu dibolehkan hehe

keep it up ok!

sya mimie said...

Assalamualaikum sis..
Masih ingat sy lagi..
Lama tak singgah sini..
Lama dah sis tak menulis entri baru..

ZUHANIF said...

Sya Mimie...ingat sangat..lama tak berborak bz kerja asyik outstation so kekangan nak menulis heheh

#alasan sgt kan hahahah