Wednesday, November 11, 2009

Yang Bernama WANITA

Terpana aku seketika mendengar cerita dari suami tentang rakan2 setugasnya, em senang benar mereka mempermainkan hati isteri merekan dengan mempunyai perempuan simpanan em lg luhur hati bila mendengan perempuan ia adalah junior aku masa di universiti dulu. Patut la aku keberatan nak tlg mereka buat praktikal dekat tempat yg aku buat dulu. em lainlah aku jatuh hati pada org bujang n sekarang dah pun jd suami aku. em tah la, baru2 ni plak aku dengar ttg seseorang yg ada pertalian dengan aku terjerat dengan cinta suami org tp tah la dengar cerita silap isteri lelaki tu dah 2 thn tak layan suami dia sebagai seorg suami. Aku cuma blh memberi nasihat & pendapat yg patut2 tp aku ada ckp dgn suami aku klu jd pd aku, aku tak sanggup harungi. Mau aku ganyang perempuan tu heheheh emosi plak. Tah la ssh nak bicara tentang ni la. em br ni td aku ada bc note dr sahabat aku dlm fb huhuhuhu tibe2 rasa mcm2 dlm hati huhuhu tlg la wahai lelaki2 dlm dunia ni tlg la hargai dan kenali seseorang yg bernama wanita itu!

Diri seorang wanita ini....
Gahnya bukan pada kecantikan
Menawannya bukan pada senyuman
Hakikatnya seorang wanita punya hati yang terlalu rapuh
Mudah luntur pada dugaan
Sekalipun wanita menongkah arus melawan dugaan
Mencari harapan pada denai-denai hidup & harapan
Mengertilah diri seorang wanita
Terbatas pada rasa malunya
Tercabar pada naluri kecintaannya
Kadang kala wanita menjadi kuat
Bila kesetiaannya diuji
Bila kejujurannya dinilai
Bila kasih ssayang & keikhlasannya diragut jatuh
Malah bili dirinya dikeji....
Tapi jangan lupa ......
Wanita juga kadang kala mudah mengalah
Bila kesetiaannya seringkali tidak dihargai
Bila kejujurannya tidak bernilai lagi
...Malah bila dirinya sudah lali ...
Bila dirinya "Mengerti Kekecewaan Sendiri"
Wanita yg selalu menangis ......
Ada air mata yang mengajar erti bahagia
Ada air mata yang membawa duka
Ada juga air mata penganti kata-kata
Bila hati sudah engan berbicara
MENGERTILAH....
yang bernama WANITA punya rasa cinta yang mendalam
sekali ia menitiskan air mata jangan terlalu bangga!
....mungkin bukan menagih simpati atau mentafsir cinta dihati....
tapi kerana CINTANYA YANG SUCI PADA SEBUAH KECINTAAN YANG ABADI...
"DEMI CINTA SUCI"
JANGAN MENGKHIANATI HATI YANG BERNAMA WANITA (ISTERI)
KERANA MUNGKIN KITA AKAN MENYESAL NANTI BILA HATI INI SUDAH BUKAN MILIK KITA LG!

1 Comment:

Anonymous said...

Hanya membuat pertama saya mengirim pada awekcool.blogspot.com , yang tampaknya menjadi sebuah forum yang indah !