Wednesday, November 13, 2013

KEMUDAHAN DAN KEISTIMEWAAN KEPADA OKU YANG BERDAFTAR

Salam semua.....lama sudah rasanya saya tak menulis di sini huhuhu. Rindu rasanya dengan keadaan perkongsian-perkongsian bersama rakan maya. Baru-baru ni saya sedang mengguruskan beberapa kes penting jd saya rasa saya nak berkongsi serba sedikit maklumat yang saya lakukan antaranya adalah berkaitan dengan OKU dan juga ibu bapa yang menjaga anak-anak OKU. Sekarang ni JKM sedang berkempen Pendaftaran OKU. Antar kandungan iklan dan kempennya adalah seperti gambar di bawah ni.



so marilah bersama-sama kita menyahut seruan kempen ini. Walaupun ada di antara kita yang tidak mempunyai ahli keluarga OKU mungkin kita boleh berbakti kepada masyarakat dengan menyebarkan pekara-pekara baik ini kepada masyarakat di sekitar kita.

Berbalik semula pada kes yang saya uruskan... seorang kakitangan awam mempunyai anak Autism ataupun autisme. Kalau sahabat ingat saya ada bercerita serba sedikit berkaitan dengan pekara ini di sini. Masalah ibu ini adalah majikannya tidak boleh bertolak ansur dan berbudi bicara terhadapnya. Majikan tidak mahu memahami situasi ibu yang perlu mengguruskan dan menyediakan segala kelengkapan anak OKU ini. Yang paling menyedihkan, ibu itu adalah kakitangan awam a.k.a bekerja kerajaan. Saya tidak menyalahkan jabatan tempat ibu itu bekerja, sebaliknya pada majikan yang hanya menggunakan kuasa vito dalam memberi arahan tanya menyemak akta-akta atau kemudahah yang kerajaan dan bagi. Ok jadi rentetan dari itu sebenarnya kerajaan kita ada mengarisakan beberapa pekara dan kemudahan berkaitan dengan OKU ini. Mungkin kebanyakkan kita tidak tahu ataupun tidak mengambil tahu. Jadi di kesempatan ini saya ingin berkongsi beberapa maklumat yang berguna :)  Untuk melihat dengan lebih lanjut boleh lah klik DISINI
kemudahan yang saya dapat bantu ibu tersebut adalah menyokong majikannya memberikan ibu tersebut waktu kerja anjal supaya ibu dapat menguruskan anaknya. Moga-moga pekara ini dapat memudahkan ibu tersebut. 

P/S : Saya berpegang pada pesanan arwah nenek saya, jika kita memudahkan urusan orang tanpa berkira. Allah akak memudahkan kita dikemudian nanti :) 

so sahabat semua selamat beramal......





3 comments:

puteri kasih said...

kempen ni untuk sekitar johor sahaja ke zu?

ZUHANIF said...

tak puteri untuk JKM seluruh malaysia :)

Syamimi Saad said...

harap perkongsian akk ni dapat membantu mereka yang memerlukan maklumat sebegini.. :)