Sunday, November 15, 2015

PROMOSI PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK)

Assalammualaikum dan salam pagi....

Lama rasanya tidak mencoretkan sesuatu di sini di sebabkan kekangan waktu dan tugasan yang banyak terlupa seketika untuk membelai teratak luahan ini. So sebenarnya lama dah nak buat slot dan pos berkaitan perkara ini sebab program ini sebenarnya berlangsung pada 5 Nov 2015 yang lalu. Mohon maaf pada yang menunggu post ini gentayangan dalam blog hamba ya heheheh :)

Pada pagi 2 November 2015 saya dimaklumkan oleh seorang kakitangan memohon saya untuk memberi ceramah menggantikan penceramah jabatan yang sepatutnya pada 5 November 2015 nanti. Memandangkan pada tarikh itu, saya telah "full book" oleh klien-klien saya, namun jika masa yang diberikan bersesuaian dengan pergerakkan saya, saya boleh memenuhinya. Hasil perbincangan telah bersetuju slot saya pada pukul 12.30 tengahari. Namun begitu terdapat beberapa kekangan dalam pengendalian (ye lah berhadapan dengan kanak-kanak istimewa dan ibu bapa kanak-kanak istimewa adalah sesuatu cabaran besar) slot saya tidak dapat dilaksanakan. Namun begitu, semasa saya berada di sana. Saya telah melihat perkembangan yang amat menarik perhatian saya. Di sebabkan kanak-kanak ini belajar dan mempelajari sesuatu di PDK saya dapat melihat kesungguhan mereka memberi komitmen dalam program yang telah di anjurkan. Jelas terlihat keyakinan diri, sikap ingin maju dan berdaya saing mengambarkan kejayaan dalam mendidik dan perkembangan yang amat baik bagi kanak-kanak ini berbanding kanak-kanak yang tidak melalui proses perkembangan, pembelajaran dan pemulihan yang melibatkan komuniti. Jadi pada saya sistem Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) ini telah berjaya menyumbang peranan yang besar dalam pengendaliaan kanak-kanak istimewa ini. 

Sejuta tahniah juga saya ucapkan kepada Pengerusi (Puan Mahani) serta kakitangan PDK Senggarang, Batu Pahat, Johor kerana telah berjaya mengadakan satu program memberi pengiktirafan dan peluang kepada kanak-kanak istimewa ini. Juga tidak lupa sokongan padu oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Senggarang kerana telah merasmikan program tersebut. Program ini juga telah mendapat liputan dari akbar digital Malaysia Aktif. Berita berkaitan boleh di lihat DISINI. Tahniah sekali lagi kepada tenaga kerja dan jawatankuasa PDK Senggarang atas kejayaan ini. PDK Senggarang boleh dihubungi melalui alamat PDK DUN Senggarang, 1-3 &1-3A, Jalan Sri Mewah 1, Taman Sri Mewah, Senggarang, 83200 Batu Pahat, Johor. Sebelum saya berkongsi tentang gambar-gambar semasa program dijalankan..ingin sekali saya berkongsi dan memberi info berkaitan dengan PDK.

Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkan untuk diperluaskan perkhidmatannya yang menyeluruh mengikut keperluan OKU. program ini diwujudkan sebagai program alternatif kepada perkhidmatan pemulihan di institusi. satu kaedah dalam pembangunan komuniti untuk golongan orang kurang upaya (OKU) menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat.

Program ini memerlukan penyertaan dan penglibatan aktif OKU, ibu bapa/keluarga/penjaga dan masyarakat setempat dengan memaksimumkan penggunaan sumber tempatan yang sedia ada dalam komuniti. PDK juga merupakan satu pendekatan pembangunan ke arah sokongan dan kesedaran masyarakat dalam membantu OKU untuk mengecapi taraf hidup yang lebih selesa.

Program ini bukan sahaja "cost-effective" tetapi juga dapat memberi liputan yang lebih meluas kepada lebih ramai orang kurang upaya. Di samping itu, ianya juga dapat mengeratkan hubungan keluarga dimana OKU tidak perlu dipisahkan dari keluarga dan masyarakat mereka semasa menjalani pemulihan. selain itu, ibu bapa/keluarga/penjaga dan masyarakat dapat didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan kaedah pemulihan.

Kumpulan sasar & Matlamat

Kumpulan Sasar:
~kanak-kanak dan remaja kurang upaya.

Matlamat :
·                     Mengurangkan impak kurang upaya seseorang atau individu.
·                     Memastikan penerimaan masyarakat dan intrgrasi sepenuhnya mereka yang kurang upaya di 
           dalam kehidupan seharian sesebuah keluarga atau komuniti.
·                     menyediakan sokongan peribadi kepada keluarga yang mempunyai ahlinya yang kurang upaya.
·                     Menggalakkan penglibatan secara menyeluruh anggota keluarga serta masyarakat tempayan                                  terhadap mereka yang kurang upaya.
·                     untuk mendedahkan orang kurang upaya (OKU) kepada cara hidup dan norma-norma kehidupan                            bermasyarakat.
·                     Mengurangkan sifat kebergantungan OKU dan memberikan latihan ke tahap yang sempurna                                  yang maksimum ke arah hidup berdikari.
·                     Untuk melatih OKU berinteraksi dengan masyarakat secara terbuka ke arah konsep normalisasi dan          
           integrasi.
·                     Untuk mengatasi masalah OKU yang terbiar dan ditinggalkan oleh keluarga dalam institusi        
            kebajikan dan pendedahan kepada suasana & tempat kerja

Di bawah ini adalah beberapa gambar sepanjang program "Gaya Hidup Sihat Untuk Kanak-Kanak Senggarang 2015"



Beberapa ceramah yang disampaikan








Perasmian dan lawatan ke booth oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Senggarang







Pemeriksaan untuk kanak-kanak dan masyarakat setempat






Program bercerita menggunakan puppet





Persembahan ' Tarian ‘Gummy Bears’ 


Persembahan 'Tarian Zapin'




Pertandingan mewarna

Dan di bawah ini Pertandingan pakaian beragam yang paling banyak dan paling ketara menampakkan keyakinan diri serta self estim kanak-kanak istimewa ini berada ditahap yang membanggakan.





Johan Pertandingan Pakaian Beragam











Pemberian hadiah kepada usaha kanak-kanak istimewa ini membangunkan diri membawa kegembiraan kepada mereka. Serta pada pengamatan saya kesemua kanak-kanak yang memasuki pertandingan ini membawa pulang hadiah walaupun ianya hanya sekotak alat tulis sudah cukup membahagiakan dan menceriakan mereka.


tarian dan senaman bebas memberi ruang pada mereka bersuka ria... :)

Sekian sahaja perkongsiaan saya dan saya menyokong penuh usaha-usaha memberi runag kepada kanak-kanak istimewa ini mengembangkan diri serta membangunkan diri ke arah kehidupan yang lebih sempurna oleh PDK. Sekali lagi ucapan tahniah saya kepada PDK senggarang serta tenaga kerjanya yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Saya juga adalah salah seorang penceramah dan fasilitator yang menguruskan Kursus-kursus petugas PKD dalam sesi Terapi yang telah diadakan sebanyak 6 siri dan akan menyusul lagi 2 siri bagi mencurahkan ilmu yang sedia ada untuk petugas lebih kreatif serta lebih kompiten dalam menjalankan tugas. Projek terbaru saya dalam menyokong dan mempersiapkan diri untuk turut serta dalam mengembling tenaga memberi yang terbaik buat kanak-kanak istimewa ini adalah penyertaan saya dalam "BG170 Brain Gym® for Special Needs Providers" 

dan pada minggu hadapan saya akan menghadiri kelas lanjutan untuk " Brain Gym - Movement Based Learning Teacher Training" untuk membolehkan saya mendapat sijil untuk mengajar kelak...


Doakan saya berjaya dalam semua urusan dan ribuan terima kasih di ucapkan kepada Bahagian Psikologi dan Kaunseling JKMM kerana memberi peluang kepada saya dalam mempelajari dan menjadi pelopor kepada ilmu ini. Selamat Maju Jaya semua....semoga kita sentiasa didalam Barakah serta Lindungan Allah S.W.T hendaknya...Amin....












3 Comments:

Mahani said...

Terima kasih Pn Zuraidah. Dengan posting puan ini diharapkan ramai lagi kenal dan memahami apa itu Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Masa saya mengambil alih jawatan Pengerusi PDK DUN Senggarang; orang selalu bertanya apa itu PDK. Ada yg sangka ianya seperti Pusat Asuhan Kanak2 Istimewa.

Saya dengan sokongan J/K PDK , Penyelia dan Petugas2 PDK DUN Senggarang, Adun Senggarang (Tn Hj A Aziz Ismail) dan pihak JKM Daerah Batu Pahat berusaha memberi kesedaran dan insight kpd masyarakat bahawa golongan OKU patut diberi peluang bersama dgn masyarakat.

TQ again Pn Zuraidah. Insya Allah jika ada peluang ingin bekerjasama dgn puan dimasa akan datang.

Anonymous said...

Assalamualaikum, macam mana saya nk hubungi pusat pemulihan dalam komuniti senggarang?

ZUHANIF said...

Walaikummusalam....saudara..yang bertanya. Saudara boleh wasap atau msg dengan saya di nombor 019-7973981 saya akan memberi maklumat lanjut pada saudara kemudian nanti.