Monday, October 17, 2011

SATU LAGI DRAMA PILIHAN!



Satu lagi drama yang saya minat adalah "DRAMA SOFFIYA" Watak dalam drama Soffiya ini dilakonkan oleh pelakon-pelakon seperti Fizo Omar diberi watak sebagai Ilyas, Izara Aishah sebagai Fiona, Azhar Sulaiman pula sebagai Kamal, dan pelakon tengah hot sekarang ni, Syazwan Zulkifli dalam drama Juvana serta teraju utama adalah Tiz Zaqyah sebagai Soffiya.
Drama terbaru Soffiya diterbitkan oleh Filmscape Sdn. Bhd oleh Joeza Rasidi dan mempunyai 28 episode. 

Sinopsis : Soffiya (Slot Akasia - TV3)

Ikuti kisah Soffiya, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan. Selepas satu kejadian hitam, rutin kehidupan Soffiya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung.
Nasib buruk terus mengikuti dirinya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di penjara. Baru mula mengenal erti cinta, namun, dia terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri. Setelah berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, ketabahannya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri. Bagaimanakah dia mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya?
emmm sekarang ini cerita dia dah makin rancak. Tidak sabar rasanya nak menonton malam ni. Kalau tidak dapat tonton live saya rakam menggunakan ASTRO beyond :) selamat menonton!

No comments: