Saturday, October 1, 2011

SELAMAT HARI SABTU. HARI HUJUNG MINGGU!

Emmm aku jarang sekali dapat rehat macam ni hehehhe tapi rehat pun macam tak rehat pun. sedang aku nak masak makan tengahari, huby yang sedang asyik berinternet memangil aku nak berkongsi sesuatu. Ni sebenarnya yang huby aku kongsikan dengan aku.


bukan apa huby aku ckp macam pernah nampak aku pakai macam ni huhuhu. Aku tanya dia ada ke? aku pun tak berapa nak ingat huhuhu dia nasihatkan je tak payah pakai lagi macam ni klu tak pakai tak pe la. lepas tu dia suruh aku kongsi dengan kawan-kawan pejabat aku mengenai pekara ni. InsyaAllah akan aku kongsikan. Emm kadang kala kita tak sedar dengan apap yang kita lakukan sehingga kadang kala mengundang dosa tanpa sedar. mulatu aku nak bahas jugak dengan huby berkaitan pekara ni. Sebab yang penting pada aku niat kita memakai tudung tu. Tapi bila dilihat-lihat betul juga ya, pakai tudung macam tu sebenarnya menampakkan susuk leher kita huhuhu pusing mana-mana pun ada dosanya jd cuba kita renung semula pemakaian tudung dan pakaian yang betul. 


sekejap lagi huby dan nak masuk kerja tapi petang nanti ada janji temu dengan kawan yang mengajak minum dan sudah semestinya kawan tu sedang dilanda masalah. semoga segalanya berjalan lancar dan Allah membantu saya dan rakan untuk mengharungi segala masalah yang melanda. saya kesian sangat melihat keadaan dan apa yang diharungi oleh rakan saya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Moga dia tabah dan nekad dengan segala keputusan yang dibuatnya.

0 Comments: