Sunday, April 25, 2010

Teori REBT & Teori RET



Salam satu Malaysia em rasa cm dah lama pulak tak mengeluarkan artikel heheheh bukan per ngan cbuk ckit utk biz yg baru ni ngah set up blog nya n ngah pilih2 nak guna domin mana cos ia pasaran antarabangsa. nasib baik ada kwn yg baru tak baru sangat la kenal heheh tq to stanly tq very much. In the other hand sebenarnya saya g ngumpulkan beberapa maklumat cos ada permintaan dr junior masa saya menuntut dulu nak kan maklumat tentang teori kaunseling iatu Teori REBT or Teori RET. Saya ni sebenarnya dah lama tak gunakan skil2 kaunseling yg berpandukan teori2 ni cos sy mengamalkan teori campuran & mengikut keadaan heheheh. Anak didik En Yusuf la katakan heheheh TQ En Yusof rindu sangat rasanya kat En Yusof ni huhuhuhu. Em ok la kita terus ke pada topik perbincangan. Ok Artikel ni didedikasikan buat Adik Nor Qalby Bt Rahim. Harap2 dapat la membantu yer. akak ni berkongsi atas apa yang akak tau dan pengalaman semasa menuntut. harap2 ada kwan2 yang ada pandangan n pendapat tambahan sedia membantu. n kalau salah seperti biasa jgn takut nak membetulkan sebab saya ni pun sedang belajar & akan terus belajar.

Pertanyaan apa perbezaan REBT dgn RET ok sebenarnya kalau mengikut apa yang di tahu REBT dgn RET adalah teori yang sama klu yang singkatannya R ~ rasional E ~ emotional
B ~ behavior T ~ therapy & yang RET  R ~ rasional E ~ emotional T ~ therapy. 

REBT adalah teori yang diperbaharui manakala RET adalah teori lama yang dijadikan rujukan. Teori Rasional Emotif  Terapi telah diasaskan oleh Albert Ellis. Beliau dilahirkan pada tahun 1913 di Pittsburgh, Amerika Syarikat. Teori ini terbina apabila beliau mendapati bahawa teori Psikoanalasis yang dipelopori oleh Freud tidak mendalam dan adalah satu bentuk pemulihan yang tidak saintifik. Pada awal tahu 1955, beliau telah menggabungkan terapi-terapi kemanusiaan, fisolofikal dan tingkah laku dan dikenali sebagai teori emosi-rasional (RET). Semenjak itu beliau terkenal sebagai bapa kepada teori RET dan datuk kepada teori tingkah laku kognitif. Namun sekarang dikenali jua dgn nama REBT sebab perubahan atau perkembangan klien adalah berdasarkan pemikiran tingkah laku & perasaan.


Ellis berpendapat pendekatan yang dibawakan oleh Freud kurang lengkap kerana ada orang yang bertambah teruk selepas menjalani pendekatan psikoanalisis. Hipotesis RET berdasarkan bahawa emosi berpunca daripada kepercayaan, penilaian, interpretasi dan tindakan daripada situasi kehidupan. Di dalam proses teraputik emosi-rasional, klien mempelajari kemahiran yang akan digunakan untuk mengenal dan memerangi kepercayaan yang telah tertanam lama di dalam diri seseorang. Ini disebabkan oleh teori ini lebih bersifat ‘pendidikan’ daripada perubatan yang direka dalam keadaan di mana kaunselornya aktif terarah dengan tepat dan mengajar. Ellis terkenal dengan bukunya yang bertajuk ‘Reason and Emotion In Psychotherapy’ dan bersama-sama dengan Robert A Harper beliau mengeluarkan buku berjudul ‘A Guide to Rational Living’.
dan rujukan terbaru semasa kami belajar dulu adalah ' Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy' oleh Gerald Corey.

Merujuk kepada pendekatan teori ini adalah Terapi A-B-C yang mana merupakan suatu teori yang mempunyai kelainan dengan teori-teori yang lain terutamanya Teori Psikoanalisis, Teori Pemusatan Insan, Gestalt dan lain-lain lagi. Ini disebabkan oleh teori ini mementingkan tiga aspek utama iaitu kognitif, emosi dan aspek tingkah laku. Teori ini memberi penekanan kepada pemikiran, penganalisaan, penilaian, perlakuan dan membuat keputusan. Pendekatan teori ini bercorak deduktif atau mengajar, mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran daripada kepercayaan yang tidak rasional.

Terapi ini yakin bahawa setiap individu mempunyai sistem kepercayaan yang tidak rasional dan terdapat 12 perkara yg tidak rasional. Kepercayaan ini perlu dicabar dan diperbetulkan supaya dapat mewujudkan sistem kepercayaan yang baik dan rasional. Dalam konteks ini ia merupakan satu sistem pendidikan semula yang mengajar individu untuk melihat semula sistem kepercayaan yang membuatkan dirinya menderita dengan menggantikan semula dengan satu set kepercayaan yang membawa kesejahteraan dan kebahagiaan pada diri seseorang individu dan seterusnya kepada orang yang signifikan dengannya.

Kalau mengikut buku atau rujukan mereka menyenaraikan hanya langkah ABC tetapi sebenarnya masa akak belajar dulu kami sepakat menggunakan teori ini dan merubah sedikit mengikut keislaman heheheh. Teknik kami ada ABCDEF.

• A ialah penggerak pengalaman activating experience atau peristiwa, faktor sikap atau tingkah laku yang dialami oleh seseorang. Misalnya gagal dalam ujian

• B ialah sistem kepercayaan yang dianuti oleh seseorang person’s belief system. Misalnya, “saya tidak kelihatan cantik atau hodoh” 

• C ialah akibat consequence iaitu hasil daripada penilaian oleh B akan A dan ditafsirkannya. Misalnya, sentiasa keadaan muram dan tidak bersemangat.

• D ialah kaedah-kaedah untuk berhujah, mengajar, mencabar dan memperbetulkan sistem kepercayaan yang tidak rasional yang menyebabkan individu itu mengalami suatu reaksi emosi yang tidak rasional. Misalnya, “Saya tidak mahu kamu yang menyebabkan saya mengalami kerugian besar dalam hidup saya”.

• E ialah menjadi normal dan mempunyai sistem kepercayaan dan penilaian yang rasional dan positif. Misalnya Saya rasa gembira.

• F ialah apabila semua penilaian yang ada telah dibuat segala-galanya adalah terserah kepada takdir. Iatu Qada’ dan Qadar

                                                              
Corey (1996) menjelaskan bahawa konsep ABC dalam teori RET adalah seperti berikut; Menurut beliau, prinsip asas kepada gangguan emosi adalah sebahagian besarnya akibat daripada hasil pemikiran tidak rasional dan pemikiran kalah diri. Hasil daripada pemkiran ini menyebabkan seseorang individu itu suka menyatakan sesuatu dengan perkataan ‘sepatutnya’, ‘seharusnya’ dan ‘semestinya’. Dari perspektif RET, ramai terapis telah membuat kesilapan keran memfokuskan kepada sejarah hidup yang lampau dan cara tindakan ialah semua peristiwa masa kanak-kanak boleh diubah. Terdapat juga terapis melakukan kesilapan dengan terlalu menekankan dalam usaha klien mengenal diri, meluahkan perasaan dan perubahan pemikiran. Keadaan ini mendorong klien melupakan peristiwa awal kanak-kanak dan menumpukan pemikiran sekarang. Bagi Ellis cara ini tidak produktif kerana sesuatu yang menyebabkan emosional tidak akan hilang malah ia akan menambahkan lagi kehebatan perasaan tersebut. 
Kalau untuk pelajar sekolah kita kena buat satu persatu berdasarkan rajah ABCDE ~F  :
1.      Kena cari apa peristiwa yang boleh dikaitkan menjadi penyebab kepada permasalah pelajar tu.
2.      Teroka sistem kepercayaan yang pelajar tu pegang. Apa yang dia percaya dengan apa yang dilakukan.
3.      Cuba bincangkan denga pelajar tu apakah kesan yang dia rasa akan jd bila dia lakukannya.
4.      Ok masa ni try cari alternative bersama untuk merubah sistem kepercayaan yang lama ( kadang-kadang masa ni kena berdebat or mencabar pelajar tu cos nak buat dia sedar tentang negetif thinking dia tu)
5.      Bila dah sedar bincangkan alternative kea rah perubahan yang lebih baik dengan mewujudkan system kepercayaan baru yang positif.
6.      Bila dia berfikir positif & membuka minda dia akan Nampak jalan dan bersemangat semula. Disinilah emosi normal akan terhasil.
7.      Dan yang terakhir terserah pada Qada’ & Qadar la. Klu dia nak duga lg kn la ulang2 pekara ABCDE tu.

Ok tu teori REBT tp jangan salah sangka ada 1 lg teori yang berbeza iatu Reality Therapy (RET or RT) dua2 org guna pakai. Ok teori ini kami jarang guna sangat, masa saya belajar dulu pun tak ditekankan sangat pensyarah Cuma suruh kaji sendiri dan diterangkan secara ringkas. Tapi dari bahan rujukan dan apa yang saya kaji serta mencedok pengalaman serta pendapat rakan2 sebenarnya teori realiti ni seperti namanya la ia berpusat pd bekara-pekara realiti dan lebih kepada motivasi diri sendiri.
Tahun 1965, William Glasser mengemukakan Model Terapi Realiti yang menerima bahawa tingkah laku secara luarannya dipandu motivasi dalaman. Model ini adalah berdasarkan tiga prinsip berikut:
1.      Individu bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya sendiri. Tingkah laku tidak
dihasilkan dari persekitaran masyarakat, pewarisan atau masa lampaunya.
2.      Individu boleh hidup dengan lebih baik apabila diberi bimbingan dan sokongan.
3.      Individu berkelakuan dalam pelbagai tingkah laku supaya persekitarannya sesuai
             seperti mana yang ia kehendaki.

Teori ini sering dikaitkan dengan Teori Kawalan dan Teori Pilihan.
TEORI KAWALAN (1970):
“Kita cuba mengawal tingkah laku supaya apa yang kita lakukan adalah sesuatu yang paling memuaskan hati kita pada waktu tersebut.”

TEORI PILIHAN (1988, 1997)
“Semua tingkah laku manusia dihasilkan melalui apa yang terjadi dalam diri manusia (diluahkan dari dalam diri kepada tingkah laku dan perbuatan).”

Menurut Glasser (1984, 1996), pelajar memerlukan 4 keperluan, iaitu:

1.      Keperluan untuk memiliki. (memiliki kawan, terlibat dalam aktiviti kelas bersama guru)
2.      Keperluan terhadap kuasa/pengaruh. (mempunyai rasa diperlukan, disedari kehadirannya oleh orang lain, dan rasa ingin bersaing)
3.       Keperluan terhadap kebebasan.(pelajar bebas membuat pilihan menggunakan kemahiran membuat keputusan mereka sendiri)
4.      Keperluan untuk berseronok.

Dalam usaha untuk memberi kefahaman kepada pelajar tentang tanggungjawab mereka dan bagaimana membuat pilihan yang tepat, Glasser telah menghasilkan 10 langkah disiplin, iaitu:
1. Apabila masalah disiplin berlaku, guru perlu mengambil masa memikirkan tingkah laku pelajarnya bagi mengetahui adakah guru tersebut menjadi penyebab berlakunya masalah disiplin tersebut. (Guru buat analisis tingkah laku pelajar)
2. Guru perlu menentukan cara untuk menguruskan tingkah laku pelajar berdasarkan pengalamannya berhadapan dengan situasi yang sama pada masa lepas.
3. Guru mengatasi masalah tingkah laku dengan 2 cara:
i. Sesi pengajaran dan pembelajaran yang relevan dan menarik
ii. Membina hubungan baik dengan pelajar
4. Guru perlu bertanyakan kepada murid “Apa yang kamu lakukan?” daripada bertanyakan “ Mengapa kamu lakukan perkara tersebut?” bagi mengelakkan pelajar menjadi bingung. Apabila pelajar menyedari apa yang dilakukannya itu salah, maka dia akan mula berfikir tentang kesalahan tersebut dan tidak mengulanginya.
5. Guru membuat perbincangan dengan pelajar tersebut.
6. Pelajar akan disuruh membuat perjanjian untuk mengubah tingkah laku mereka kepada yang lebih baik.
7. Jika tidak berkesan, pelajar perlu diasingkan dengan menggunakan kaedah“time-out” yang dilakukan dalam kelas. Ketika ini pelajar tidak boleh terlibat dalam aktiviti kelas sehingga dia memperbaiki perjanjiannya, atau membuat perjanjian yang baru.
8. Jika tidak berhasil, pelajar tersebut perlu diberi kelas tahanan. Dicadangkan guru yang menyelia kelas tahanan tersebut adalah guru yang berhemah dan menjadi pilihan pelajar yang ditahan.
9. Apabila pelajar tidak dapat dikawal, ibu bapa perlu diberitahu dan pelajar digantung persekolahan selama sehari.
10. Langkah terakhir ialah, pelajar perlulah tinggal di rumah atau dirujuk kepada agensi dapat mengendalikan masalah dan kehendak pelajar tersebut.

Kesimpulannya REBT ni adalah Berkaitan dengan Behavior Therapy manakala RT lebih kepada Motivasi diri. Sekian perkongsian yang ada.



5 Comments:

Miss Nurul said...

i suka guna rebt. sometimes gestalt.

mcm ni la idop... bergelumang dgn teori dah. hehehe....

ZURAIDAH DAUD said...

heheheh berguling2 ker ngan teori tu heheheh. faz u ingat tak pasal kes teori gestalt tu heheheh yg u ckp somebody tu cm perogol bersiri hahahahah

Miss Nurul said...

wakakaka... igt la sgt... xtau la nape.. i x suka la dia.. huhuhu... 4thn tu...4thn la i anti dia. apatah lg dia.. lg la anti i kan.. kah3

Anonymous said...

sgt brguna...tq

Alieza Dayasari said...

terima kasih... sgt berguna.