Tuesday, September 7, 2010

BUKAN HANYA CINTA SEMATA

Pernahkah kamu merasakan
bahawa kamu mencintai seseorang
meskipun kamu tahu dia sudah berpunya
dan meskipun kamu tahu
cintamu mungkin tidak berbalas,
tapi kamu tetap mencintainya.

Pernahkah kamu merasakan,
bahawa kamu sanggup
melakukan apa sahaja demi
seseorang yang kamu cintai
meskipun kamu tahu dia takkan
pernah peduli ataupun dia
tetap pergi.

Pernahkah kamu merasakan
hebatnya cinta, tersenyum kala terluka
menangis kala bahagia
tertawa kala berpisah....

Aku pernah....
aku pernah tersenyum
meskipun aku terluka kerana
aku yakin Tuhan tak
menjadikannya untukku.

Aku pernah menangis kala bahagia
kerana aku takut
kebahagiaan cinta ini akan sirna begitu saja

Aku pernah bersedih kala bersamanya,
kerana aku takut aku akan kehilangan
dia satu saat nanti, dan....

Aku juga pernah tertawa saat
berpisah dengannya, kerana
sekali lagi, cinta tak harus memiliki
dan Tuhan pasti telah menyediakan
cinta yang lain untukku.

aku tetap boleh mencintainya
meskipun dia tak dapat
kurangkul dalam pelukanku
kerana memang cinta ada dlm
jiwa bukan ada dlm raga.

kenangan UMT 2003-2007
realiti 2007-2010 cinta lain yang Allah kurniakan buat ku
cukup bernilai dan tiada tandingan
moga cinta & sayang kita kekal ke akhir hayat
zu sayang hanif.

2 Comments:

cikgu siti hazreen said...

kau sungguh bertuah kerana telah menemui cinta :) TAHNIAH :)

ZURAIDAH DAUD said...

emm tq rin :P nanti 1 ari akan ada jua utk kamu ya. Aku doakan :) tp kau kn buka hati utk cinta itu dtg. aku sebelum menemui cinta hati ku macam2 cinta telah aku jumpa :P